CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 13, 2010

apa i2 cinta

Apa itu cinta?
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di
situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping
lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa
air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang
lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua
tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu
tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan
kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu
berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu
yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti
sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu
sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah
seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar
tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya
hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan
hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan
airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari
nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil
iaitu kerana CINTA.

Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah
sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah,
makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut
anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,
prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan
perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir
kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan
segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus
bersama.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu,
namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana
dianggap seperti lautan madu
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih
untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana
sahaja kamu berada.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak
usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah
menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan
cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.
Mari kita lihat apa itu cinta

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan
suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua
orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak
ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat
hatimu
melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat
tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang
kamu
fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan
siapa
dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa
penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia
kuat?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

0 comments: