CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 21, 2010

-kecantikan lelaki & kegagahan wanita-

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Sunday, June 20, 2010

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah.


Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis :

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Memang Allah Sengaja..

*Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Tuesday, June 15, 2010

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat sulaiman,tidak perlu seteguh ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w,fikir dan renungkan lah


MALAM KE SUBUH
Bagi org jahil... Itulah saat dinanti.. Menutup mata memekak telinga... Menghembus nafas kasar tersasar... Mengharap mimpi memuas diri... Kokok ayam sangat dibenci...

Bagi org alim... Itulah juga saat dinanti... Menutup mata hanya sepertiga... Nafas ditarik masuk ke dada... Mengharap tangis menghapus dosa... Moga terhindar api neraka..

Bagi org jahil... Inilah saat berpesta... Menghilang tekanan siang bekerja... Melepas geram siang tertahan... Menunjuk langit kaki bergoyang... Meneguk air kencingan syaitan...

Bagi org alim... Inilah juga saat didamba... Mengharap petunjuk siang bersimpang... Menunjuk jln malam yg kelam... Mengadu mengharap masalah dirasa... Menangis merintih pd yang Esa...

Saturday, June 5, 2010

Tentang aku

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

orang kata la yg kat atas ni...betul ke?tak tau la kan orang menilai kan...
Tapi yg pastinya dan yang aku tau la tentang aku ni---->>>:

*selumber
-selumber ni kira mcm x da perasaan la,wat ape2 pn relek,tenang je.
*simpel
-simpel ni dalam kekemasan diri atau ape2 je,x suka solek lebih.
*tak suka sangat g jalan2 kai kasut
-ha kasut ni lau nak jalan jauh2 ke dekat ke x suka kai kasut sangat sbb rimas,berat n leceh.
*suka sendirian
-sbb sendirian la memberi ketenangan dan masa aku fikir tntang aku,masa depan,tntang alam dan mcm2 lg yg aku nak pikir kan.
*suka tgk bintang
-aku ni memang suka tgk bintang,mecarik (polaris)iai2 bintang yg paling terang,kadang2 leh nampak komet cantik....dah benda 2 susah kita nak nampak.
*kemas
-aah memang kemas,nak tau kekemasan lelaki?kekemasan lelaki apabila ia kai baju lengan panjang.kalau x caya tanya wanita.tp yg pelik nya lau lelaki kai baju lengan panjang wanita lak nak kai baju lengan pendek hahahahaha kenape????
*suka hati<--perkataan paling dibenci
-penah dga orang kata:ikut hati kita mati,ikut nafsu kita lesu<<--penah dga x?ha sbb i2 la benci.ikut la akal.
*suka sains
-kenape suka sbb sains berada disekaliling kita,sains menarik sbb i2 suka sains.
*suka fakta
-sbb nya fakta ni menarik walau pn sebaris ayat.percaya x lau sy kata ikan mas 2 leh mengesan gempa bumi beberapa jam sebelum ia terjadi??
*x suka kesesakan nnti rimas
-ha kesesakan ni mcm shoping komleks la sy x suka ke si2.sbb semak ramai orang.jomheboh ke x penah pergi dan x teringin pn nak g.lau nak sesuatu barang dan barang 2 ada kat tempat mcm 2 sy hanya akan kekedai 2 dan beli n balik x kan g tmpat lain.
*kuat uji orang tp tampa disedari
-mcm mane ek nak terang kan?er adalah cara nya x perlu bg tau ujian kena sesuai dgn orang 2 dan ape yg sy nak uji.
*kata orang kuat majuk
-betul ke??kata orang la tp sebenarnya i2 ialah ujian cara sy menilai seseorang.

rasanya i2 je kot yg len2 korang nilai la sendiri sbb hidup ni bukan kita yg nilai tp orang sekeliling kita yg nilai.jangan masuk bakul angkat sendiri...

sekian...

Thursday, June 3, 2010

-Bingkisan doa ketika aku menghadapi petengkaran dgn si dia-

ya allah....
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padamu
agar bertambah kekuatan ku
untuk menyintai mu.

ya muhaimin....
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padamu
agar tidakterjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

ya robbana...
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling daripada hatimu.

ya robbal izzati...
jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan mu.

yaallah...
jika aku menikmati cinta kekasihmu
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan bermunajad
di sepertiga malam terakhirmu.

ya allah...
jika aku jatuh hati pada kekasihmu
jangan...jangan biarkan aku tertarik dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu.

ya allah...
jika kau halal kan aku merindui kekasihmu
jangan biarkan aku melepasi batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu
abadi hanya untuk mu.

ya allah...
seandainya telah engkau ciptakan dia milik ku,terciptanya untuk ku....
satukanlah hatinya dengan hati ku...
titipkanlah kebahgiaan antara kami agar kemesraan itu abadi...
dan ya allah....ya tuhan ku......
yang maha mengasihani...serikanlah kami melayari hidup ini,titipkanlah yang sejahtera dan abadi.....
tetapi yaallah seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku.....
bawalah ia jauh dari pandangan ku,luputkan lah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan....
serta yaallah yatuhanku yg maha mengerti.
berikanlah aku kekuatan melontar bayangnya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah,agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dengannya....
dan yaallah yang tercinta....
gantikanlah yang telah hilang....
tumbuhkanlah yang telah patah....
walaupun tidak sama dengan dirinya....
yaallah ya tuhanku....
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,sesunguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengerti dan maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba mu ini...
yaallah....
cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaan ku di dunia dan akhirat...
dengarlah rintihan hati ini hati hamba yang daif ini,jangan engkau biarkan aku sendiriaan didunia ini mahupun diakhirat...
menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran maka kurniakanlah seseorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia bersama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang engkau redahi dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

...amin ya robbal alamin...

asaalmualaikum..

Aduh lame x post kat blog biasala buzy kan dgn esigment..
ok2 sambung cerita dalam -terlahirnya keinsafan-
aku ni dulu selalu g surau sebab mak aku suruh,nakal2 pn g surau tau.dulu g surau saing dgn bapak aku x jauh la ada la dalam 1 kilometer gak nya jauh dari umah aku x jauh kan.lepas dah besar sikit je nek basikal lak g surau pastu jalan kaki lak hehehe.nak tau sbb nya aku jalan kaki?sbb aku jalan kaki basikal aku ilang.ilang kena curik,syg nya aku dgn basikal 2 ibarat nyawa.mana x syg nya lau orang puji basikal 2 cantik.orang tua pun puji,bukan orang dalam kampung aku orang bandar lak 2.fuh syg2 basikal 2,tp lepas kena curik 2 jumpa balik budak2 aku jumpa sape curik hehehehe.lepas jumpa 2 budak2 aku pn semua berpecah syg nya kan.haaa ok2 balik citer asal,2 la sbb nya aku g surau jalan kaki.hari2 aku jalan kaki lepas abis sembahyang je balik sbb mak aku tunggu depan umah sambil tgk jam mcm anak dara x aku ni?hahahahahaha.tp 1 hari 2 aku lik besama sepupu aku umah sebelah je jarang dia lik sbb duk asrama kan.dia ni anak ustaz kg aku,kira ustaz 2 pakcik aku la.aku balik dgn dia tp dia ni nak g umah kawan dia dulu,umah dekat2 je dgn surau.jd aku pn ikut la dia beborak punya eborak jam dah kol 10 mlm,so kol 10 2 aku pn lik la dgn dia jalan 2 orang je.jalan kat tengah2 jalan pelahan2,kg aku ni atas kol 9 je jalan sunyi dah maklum la kg kan so x banyak la kenderaan akan kelua masuk kg.aku dgn sepupu aku ni pn jalan la sambil borak2 sampai dipertengahan jalan 2 di ckap dongak keatas n tgk bintang 2,aku pn ikut la ape dia ckap tiba2 dada aku terasa sejuk lapang selapang2nya mcm 2 jugak otak aku.dia ckap lg cantik kan bintang 2?bintang yg paling terang diantara bintang2 yg terang pd mlm 2.masa 2 aku rasa mcm nak nagis je tgk langit dipenuhi bintang2,hati aku berkata yaallah cantik sungguh bintang2 mlm 2.tp sedar2 je dah depan umah hehehehehe,so aku pn balik dan termenung memikirkan besarnya kuasa allah.haaa dari situ la aku insaf aku belajar mengawal kenakalan aku.sejak dari hari 2 aku jalan kaki ke surau walau pn lik sorang aku tetap jalan kaki sbb aku nak tgk bintang.kalau aku sedih ke,menagis ke,ada masalah ke apa2 pn kan aku akan tgk bintang.kalau ada masalah hati aku akan mengadu kat bintang,mcm 2 la kisah aku kerana bintang je aku insaf.aku yg dulu nakal dah baik2 dgn orang tua,ringan kan tangan tolong orang kampung.mcm 2 la ceritanya........

sekian..