CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 14, 2010

Kenakalan diri ku

Asalamualaikum

Aku nak kongsi cerita kenakalan aku ni pada korang harap jangan ikut ye....hehehehe
Aku ni dulu nakal,degil dan terjal.Terjal ni kira atas nakal la.Dulu aku ni suka main-main ape yg ada kat sekeliling yg aku nampak hanya lah main,yelah otak tau nak seronok je kan.Pergi sekolah dulu pn main-main.Buku dulu pn 1 buku je,plasing je beg berat tp itu lah buku bm,itu lah buku bi,itu lah buku ape2 jelah.Cikgu mengajar pn aku suka main-main,x tau lah ape nak jd dengan aku ni kan...Dulu sekolah rendah aku akui aku terlampau nakal kesukaan aku ialah main kapur hehehehe...Dengan kapur tu macam-macam leh buat,selalu nya kapur 2 aku wat dengki orang tenyeh kat kerusi orang pastu biar membe duduk x pn patah2 kan mein baling-baling,itu yg best tu sampai ketua kelas kena simpan kapur kat bawah meja kalau tidak cikgu nak mengajar x leh sebab x da kapur hahahahaha.Pernah jugak guru besar berucap cakap kapur cepat habis.Korang bayang kan lah x sampai setengah jam sorang-sorang pergi amik 1 kotak kapur,nakal kan aku ni.lagi 1 dengan kapur ni aku leh wat seni korang caya x?Dulu dgan kapur tu aku wat peluru,buat batu ninsan n macam2 la punya seni kawan-kawan kelas aku sebab yang bg idea nya ialah aku hehehehehe....

Itu cerita dekat sekolah rendah ni dekat sekolah agama pulak.dekat sekolah agama ni aku biasa je.Datang mcm biasa tapi perangai same dengan ape yang berlaku kat sekolah rendah.Buku campur-campur.Itu buku sirah,itu buku tauhid n lain.Aku pn x tau ape nak jd dengan aku ni.Pasal bab suruh aku mengaku aku paling lambat,cikgu dah start nak padam aku baru start tulis tarikh.Sebab apa korang nak tau x?Sebab aku nampak sekor semut kat atas meja dan aku buat main semut 2.perangai ni sama je kat sekolah rendah,sehingakan aku penah balik paling lewat sebab menyalin ape yg cikgu aku tulis kat papan itam.Cikgu pernah jugak ugut macam-macam tp aku selamba je wat x tau,itu lah sifat aku selamba n relex.x yah kecah2 mcm orang lain hahahahahaha.

Itu dekat sekolah lau kat kampung lak aku ni keluarga aku panggil kaki parit,nak tau kenapa??sebab aku ni kaki parit la hehehehe,pantang jumpa parit aku ni.dimana ada air/parit disitu aku akan ada,ha tu perinsip dulu.Sapa je leh lawan cakap aku kalau aku keparit,orang cakap x da ikan dekat situ tp aku cakap ada dia x percaya aku buktikan.sekali naik ikan besa lengan terkejut diorang,sebab mati2 ckap x da ikan.Aku ni lau x sekolah je x yah susah-susah carik kat bandar ke,saiber cafe ke atau mana2 tempat yg orang berpusu-pusu datang.crik je kat parit kompom ada katsitu.Tapi parit ni pantang mak aku dia x suka aku kesitu puas aku ni kena bebel dulu,tapi aku ni degil kan style langga je.selalu aku dulu kena balun dgan mak aku kena mandi kan,kena sental seluruh tubuh ni dengan berus sabut tp aku ni tetap langga je.Puas mak aku takut kan aku ckap parit tu ada tuannya jangan sebarang2 biasalah kampung kan penduduk masa tu x ramai kan,orang kampung pm memang cakap la tempat2 aku pergi semua nya tempat-tempat keras.Tapi nakal nya aku x kisah semua tu aku pergi jugak sehinggakan ada 1 tempat 2 abang aku dengan abang ipar aku pernah nampak harimau putih tengah duduk kat bawah 1 rumpun buluh.kalang kabut abang aku lari x ingat dunia,tp aku leh pergi sorang diri memancing kat situ memang nakal kan aku ni?aku rasa lau korang kawan aku tentu korang x sanggup kan ikut mcm 2?kawan-aku yg kaki parit dulu pn respek kat aku sebab diorang x berani buat mcm aku buat,tapi aku ni bukan nak bangga ke apa sekadar dga cerita aku je la ni...

Naik sek menegah dah kurang sikit i2 semua tapi nakal tetap nakal.lagi-lagi kurang masa tingkatan 4 dan 5 sebab aku dah duk asrama kan.so kenakalan 2 automatik bekurangan tp kurang x banyak 15%je dari 100%nakal tetap nakal sehinga sekarang tp sekarang nakal x sangat dah biasa2 je,kalau datang setannya banyak teruk la nakal nya 2 hehehehehe.hem... aku pn x tau ape yang leh membentuk aku ni...sekian

Akan bersambung dalam (terlahir keinsafan)

Thursday, May 13, 2010

apa i2 cinta

Apa itu cinta?
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di
situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping
lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa
air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang
lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua
tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu
tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan
kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu
berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu
yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti
sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu
sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah
seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar
tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya
hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan
hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan
airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari
nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil
iaitu kerana CINTA.

Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah
sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah,
makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut
anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,
prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan
perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir
kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan
segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus
bersama.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu,
namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana
dianggap seperti lautan madu
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih
untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana
sahaja kamu berada.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak
usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah
menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan
cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.
Mari kita lihat apa itu cinta

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan
suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua
orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak
ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat
hatimu
melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat
tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang
kamu
fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan
siapa
dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa
penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia
kuat?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Tuesday, May 4, 2010

Firman Allah SWT;
Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini
akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

"INGATLAH!
andai kita terlupakan ALLAH
dalam kelapangan atau kesibukan
dalam kesenangan atau kesusahan



INGATLAH!
jangan jadi anak derhaka
mak ayah jangan dilupa
usah dilukai hati dan perasaan mereka

INGATLAH!
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar pengajarannya
tapi tarbiyah berpanjangan


INGATLAH!
dengarlah dan bacalah al-Quran
ketika di Radio penuh hiburan
ketika di TV penuh Hindustan

INGATLAH!
di mana Islamnya diri kita
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
yang jantan seluar pendek disarungkan

INGATLAH!
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

INGATLAH!
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

INGATLAH!
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

INGATLAH!
diri kita milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

INGATLAH!
bahawa hidup itu 'harus'
bahawa mati itu 'wajib'
apabila datang yang 'wajib'
maka tinggallah yang 'harus,
mati itu 'benar'
siksa kubur itu 'benar'
neraka itu 'benar'
syurga itu 'benar'
Muhammad itu 'Benar'
Allah juga yang 'Sebenar-benarNya'

sempoiman writes "Manusia mempunyai dua jenis memori iaitu memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Memori jangka masa pendek mengandungi peristiwa-peristiwa yang baru berlaku dan akan hilang dengan cepat daripada ingatan. Manakala, memori jangka masa panjang pula ialah ingatan secara am terhadap apa-apa yang telah berlaku sebelum ini. Malah, ada juga memori tersebut imbauan daripada kejadian yang berlaku dalai hidup 2eselrang setakte kanak-"anae.



Memori Bergambar

Terdapat juga memori bergambar (memori eidetic) yang hanya dipergleh0oleh indivitu tertentu. Mereka 8ang memeliki ke`ebihan memori bergambar ini mampu merakam semula setiap detik yang dialami mahupun tulisan-tulisan yang dilihat secara sepintas lalu. Tidak ramai manusia yang memiliki kelebihan seperti ini. Segelintir kanak-kanak ialah mereka yang memiliki kelebihan memori bergambar ini.

Proses mengingat ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu memperoleh/merakam peristiwa, menyimpan dan meluahkan atau mengingat kembali. Apa-apa sahaja memori yang dirakam perlulah disaring terlebih dahulu dan dijadikan kod-kod tertentu agar memudahkan individu untuk mengingat kembali.

Menyimpan Memori

Kelebihan menyimpan memori berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Setiap peristiwa yang dirakamkan perlulah disimpan dengan baik agar memudahkan kita untuk mencarinya semula apabila diperlukan. Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita akan masuk ke dalam ruang ingatan jangka masa pendek terlebih dahulu. Secara saintifik, ruang memori jangka masa pendek terhad.

Manusia hanya mampu mengingat enam peristiwa yang tidak berkaitan sahaja dalam satu-satu masa. Biarpun kita mampu mengingat lebih daripada tujuh digit nombor sekali gus, kita sesekali akan mengalami kesukaran jika digit tersebut lebih daripada apa yang mampu kita ingati.

Memori Jangka Masa Panjang

Setiap peristiwa yang disimpan dalam ruang jangka masa pendek tidak berada di sini selama-lamanya kecuali jika kita sentiasa menjalankan aktiviti mengingat secara latih tubi. Peristiwa terakhir yang berlaku ke atas seseorang manusia ialah memori paling mudah untuk diingati.

Kadang-kadang peristiwa yang berlaku terus masuk ke ruang ingatan memori jangka masa panjang yang sifatnya lebih luas dan efektif. Namun, tiada siapa tahu bagaimana setiap mekanisme ruang memori bekerja dan bagaimana memori itu sendiri disimpan di dalam fikiran kita.

Sesetengah pakar berpendapat bahawa setiap peristiwa disimpan mengikut perubahan yang berlaku ke atas anggota badan manusia. Justeru, manusia memerlukan ruang memori paling canggih untuk menyimpan setiap informasi yang diperoleh. Manusia juga perlu sentiasa mengekalkan ruang ingatan yang efektif agar pencarian setiap peristiwa besar dan kecil dapat diluahkan semula apabila dikehendaki.

Satu perkara penting yang harus “diingat” ialah kaedah mengingat ini memerlukan teknik-teknik tertentu. Kita tidak perlu mengingat segala peristiwa secara terperinci, memadailah dengan mengaitkan peristiwa yang baru berlaku dengan peristiwa yang hampir sama dengannya yang telah lama kita simpan. Cara ini lebih mudah dan kita tidak perlu menyimpan banyak informasi yang bertindih.

Apakah Memori?

Memori dikategorikan sebagai satu mekanisme otak untuk bergerak dan berfungsi. Memori ialah jalinan setiap elemen yang terdapat di dalam otak manusia. Memori dikatakan mampu menstimulasikan otak agar bertindak waras atau sebaliknya dengan system limbik (limbic) dalam otak manusia (serebelum)

Amnesia (Kehilangan Memori)

Amnesia terjadi kerana beberapa perkara. Antaranya termasuk kerosakan yang berlaku ke atas otak manusia yang menyebabkan otak retak, strok, dan sebagainya. Umur yang lanjut juga salah satu faktor menyebabkan amnesia. Selain itu, kekuatan otak untuk mengingat juga sangat bergantung kepada tahap kapasiti ruang ingatan menampung semua memori. Faktor psikologi seperti emosi keterlaluan juga menyebabkan amnesia.

Masalah Harian

Bukan semua individu yang tidak dapat merakam peristiwa ke dalam jangka masa panjang dikategorikan amnesia. Cuma, mereka mungkin mengalami masalah untuk mengingat kembali peristiwa yang telah mereka simpan. Lazimnya, manusia mempunyai banyak cara selain mengingat kembali peristiwa dari jangka masa panjang itu. Antaranya termasuk hipnosis yang telah lama digunakan dalam dunia psikiatri.

Kaedah menyebut juga efektif untuk mengingatkan kembali apa-apa yang telah disimpan. Sesetengah orang ingat perkataan pertama atau peristiwa pertama yang dialaminya tetapi lupa sebahagiannya. Maka, cara penyebutan ini amat mujarab bagi mereka yang suka kaedah ini.

Bagi mereka yang mengalami penyakit Alzheimer tentu menghadapi kesukaran kerana individu yang menghidap penyakit ini langsung tidak mampu mengingat pada jangka masa pendek mahupun panjang. Mereka perlu sentiasa mengingat dengan siapa mereka bercakap, di mana dan kenapa mereka berjumpa. Kesukaran mengingat bukanlah suatu perkara yang serius, namun ia perlu diambil berat kerana ia mungkin menyusahkan apabila kita langsung tidak boleh mengingat orang yang telah memasuki rumah kita!

Mengingat Secara Berkesan

Walaupun tiada suatu teknik yang mampu memberi kekuatan kepada ingatan manusia namun satu cara mudah untuk mengingat adalah dengan cara mnemonics. Ia adalah cara mengingat menggunakan irama, rentak, dan melodi tertentu. Suatu lagi cara berkesan adalah dengan meletakkan setiap objek yang hendak diingat di setiap ruang rumah, anda hanya perlu pergi ke setiap ruang dan mengingat kembali objek tersebut. Jika anda mampu menyuntik sedikit kata-kata lucu di dalamnya lebih baik. Kita perlu menggunakan semua ruang ingatan kita dengan baik.

_Rahsia____wanita_

manloque writes "Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!


________________________________________


Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

________________________________________


Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!


________________________________________


Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit katshopping complex tiap-tiap minggu!


________________________________________


Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warnatu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah
dan duit merah!


________________________________________


Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!


________________________________________


Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke
shopping complexnya!


________________________________________

Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!


________________________________________


Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak
sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat
buang duit beli alat make up!


________________________________________


Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali
sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas
balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini
bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak
berfaedah-tengok muka sendiri!


________________________________________


Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali
ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun
sebab mereka memang mudah rambang mata!


________________________________________


Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex,
pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita
memang suka menghabiskan duit!


________________________________________


Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika
semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda
berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.


________________________________________


Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan
bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!


________________________________________


Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya
lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa
tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!


________________________________________


Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal
berbelanja!


________________________________________


Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang
benar keluar belanja kawan makan!


________________________________________


Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama.
Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma
tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.


________________________________________


Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua
sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap
sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...


________________________________________


Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau
dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya
sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!


________________________________________


Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi.
Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika
semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai
kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan
cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki
ataupun perempuan!

Ragam @ Rahsia Pempuan

salam,

setelah daku mengenali pmpuan dgan lebih mendalam dan inilah hakikat dia hati mereka yg daku dapat memanipulasikan dihati mereka.so,korang renung kan lah betul atau tidak hehehehe.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang lukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan ia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan icintai dan disayangi sepenuh jiwa