CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 4, 2010

_Rahsia____wanita_

manloque writes "Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!


________________________________________


Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

________________________________________


Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!


________________________________________


Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit katshopping complex tiap-tiap minggu!


________________________________________


Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warnatu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah
dan duit merah!


________________________________________


Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!


________________________________________


Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke
shopping complexnya!


________________________________________

Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!


________________________________________


Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak
sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat
buang duit beli alat make up!


________________________________________


Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali
sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas
balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini
bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak
berfaedah-tengok muka sendiri!


________________________________________


Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali
ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun
sebab mereka memang mudah rambang mata!


________________________________________


Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex,
pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita
memang suka menghabiskan duit!


________________________________________


Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika
semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda
berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.


________________________________________


Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan
bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!


________________________________________


Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya
lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa
tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!


________________________________________


Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal
berbelanja!


________________________________________


Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang
benar keluar belanja kawan makan!


________________________________________


Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama.
Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma
tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.


________________________________________


Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua
sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap
sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...


________________________________________


Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau
dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya
sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!


________________________________________


Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi.
Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika
semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai
kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan
cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki
ataupun perempuan!

0 comments: