CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 4, 2010

sempoiman writes "Manusia mempunyai dua jenis memori iaitu memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Memori jangka masa pendek mengandungi peristiwa-peristiwa yang baru berlaku dan akan hilang dengan cepat daripada ingatan. Manakala, memori jangka masa panjang pula ialah ingatan secara am terhadap apa-apa yang telah berlaku sebelum ini. Malah, ada juga memori tersebut imbauan daripada kejadian yang berlaku dalai hidup 2eselrang setakte kanak-"anae.



Memori Bergambar

Terdapat juga memori bergambar (memori eidetic) yang hanya dipergleh0oleh indivitu tertentu. Mereka 8ang memeliki ke`ebihan memori bergambar ini mampu merakam semula setiap detik yang dialami mahupun tulisan-tulisan yang dilihat secara sepintas lalu. Tidak ramai manusia yang memiliki kelebihan seperti ini. Segelintir kanak-kanak ialah mereka yang memiliki kelebihan memori bergambar ini.

Proses mengingat ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu memperoleh/merakam peristiwa, menyimpan dan meluahkan atau mengingat kembali. Apa-apa sahaja memori yang dirakam perlulah disaring terlebih dahulu dan dijadikan kod-kod tertentu agar memudahkan individu untuk mengingat kembali.

Menyimpan Memori

Kelebihan menyimpan memori berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Setiap peristiwa yang dirakamkan perlulah disimpan dengan baik agar memudahkan kita untuk mencarinya semula apabila diperlukan. Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita akan masuk ke dalam ruang ingatan jangka masa pendek terlebih dahulu. Secara saintifik, ruang memori jangka masa pendek terhad.

Manusia hanya mampu mengingat enam peristiwa yang tidak berkaitan sahaja dalam satu-satu masa. Biarpun kita mampu mengingat lebih daripada tujuh digit nombor sekali gus, kita sesekali akan mengalami kesukaran jika digit tersebut lebih daripada apa yang mampu kita ingati.

Memori Jangka Masa Panjang

Setiap peristiwa yang disimpan dalam ruang jangka masa pendek tidak berada di sini selama-lamanya kecuali jika kita sentiasa menjalankan aktiviti mengingat secara latih tubi. Peristiwa terakhir yang berlaku ke atas seseorang manusia ialah memori paling mudah untuk diingati.

Kadang-kadang peristiwa yang berlaku terus masuk ke ruang ingatan memori jangka masa panjang yang sifatnya lebih luas dan efektif. Namun, tiada siapa tahu bagaimana setiap mekanisme ruang memori bekerja dan bagaimana memori itu sendiri disimpan di dalam fikiran kita.

Sesetengah pakar berpendapat bahawa setiap peristiwa disimpan mengikut perubahan yang berlaku ke atas anggota badan manusia. Justeru, manusia memerlukan ruang memori paling canggih untuk menyimpan setiap informasi yang diperoleh. Manusia juga perlu sentiasa mengekalkan ruang ingatan yang efektif agar pencarian setiap peristiwa besar dan kecil dapat diluahkan semula apabila dikehendaki.

Satu perkara penting yang harus “diingat” ialah kaedah mengingat ini memerlukan teknik-teknik tertentu. Kita tidak perlu mengingat segala peristiwa secara terperinci, memadailah dengan mengaitkan peristiwa yang baru berlaku dengan peristiwa yang hampir sama dengannya yang telah lama kita simpan. Cara ini lebih mudah dan kita tidak perlu menyimpan banyak informasi yang bertindih.

Apakah Memori?

Memori dikategorikan sebagai satu mekanisme otak untuk bergerak dan berfungsi. Memori ialah jalinan setiap elemen yang terdapat di dalam otak manusia. Memori dikatakan mampu menstimulasikan otak agar bertindak waras atau sebaliknya dengan system limbik (limbic) dalam otak manusia (serebelum)

Amnesia (Kehilangan Memori)

Amnesia terjadi kerana beberapa perkara. Antaranya termasuk kerosakan yang berlaku ke atas otak manusia yang menyebabkan otak retak, strok, dan sebagainya. Umur yang lanjut juga salah satu faktor menyebabkan amnesia. Selain itu, kekuatan otak untuk mengingat juga sangat bergantung kepada tahap kapasiti ruang ingatan menampung semua memori. Faktor psikologi seperti emosi keterlaluan juga menyebabkan amnesia.

Masalah Harian

Bukan semua individu yang tidak dapat merakam peristiwa ke dalam jangka masa panjang dikategorikan amnesia. Cuma, mereka mungkin mengalami masalah untuk mengingat kembali peristiwa yang telah mereka simpan. Lazimnya, manusia mempunyai banyak cara selain mengingat kembali peristiwa dari jangka masa panjang itu. Antaranya termasuk hipnosis yang telah lama digunakan dalam dunia psikiatri.

Kaedah menyebut juga efektif untuk mengingatkan kembali apa-apa yang telah disimpan. Sesetengah orang ingat perkataan pertama atau peristiwa pertama yang dialaminya tetapi lupa sebahagiannya. Maka, cara penyebutan ini amat mujarab bagi mereka yang suka kaedah ini.

Bagi mereka yang mengalami penyakit Alzheimer tentu menghadapi kesukaran kerana individu yang menghidap penyakit ini langsung tidak mampu mengingat pada jangka masa pendek mahupun panjang. Mereka perlu sentiasa mengingat dengan siapa mereka bercakap, di mana dan kenapa mereka berjumpa. Kesukaran mengingat bukanlah suatu perkara yang serius, namun ia perlu diambil berat kerana ia mungkin menyusahkan apabila kita langsung tidak boleh mengingat orang yang telah memasuki rumah kita!

Mengingat Secara Berkesan

Walaupun tiada suatu teknik yang mampu memberi kekuatan kepada ingatan manusia namun satu cara mudah untuk mengingat adalah dengan cara mnemonics. Ia adalah cara mengingat menggunakan irama, rentak, dan melodi tertentu. Suatu lagi cara berkesan adalah dengan meletakkan setiap objek yang hendak diingat di setiap ruang rumah, anda hanya perlu pergi ke setiap ruang dan mengingat kembali objek tersebut. Jika anda mampu menyuntik sedikit kata-kata lucu di dalamnya lebih baik. Kita perlu menggunakan semua ruang ingatan kita dengan baik.

0 comments: